sungguh!
ini adalah gara2 pertnyaan seorng teman ku mengingatkan aku kpd kampung terchenta~!
dush!
aku serius mau pulang ke kampung itu yg terletak di melaka
reason/s?
- aku rindukan suasana menyambut perayaan kat kampung! bentang sapra, bwk dulang berisi lauk pauk (selalunye sehari sebelum raye, kami (x termasuk aku lar kan of kos!hahaha!bab2 mengelat ni memang aku pakar! ini deperakui mak aku~) akan bertungkus lumus berada di dapur memasak semua lauk pauk (rendang ayam+rendang daging+gulai itik+ketupat+lemang+nasi himpit). phew! imagine betapa banyaknye lauk2 itu dan ia mampoo bertahan selama seminggu weyh! kami akan makan beramai2 di depan ruang tamu sambil mengumpat ttg rase lauk pauk tersebut (maklumlah,dh habis edah tok tidak mengumpat kan..ahaks!)
- bergotong royong tok membasuh periuk belanga selepas itu juga satu kenikmatan yg tidak terhingga! seyes! penat mcm nk mati tp seronok (baru aku perasan,aku dh lame xde feeling tuh! urgh! aku rindukan kampung!!!)
- pagi raye, memang sangat terasa raye! mane taknye, ayam2 atuk aku akan memastikan kami semua terjaga walaupun penat semalam tuh x habis lagi!
- mandi di tandas di kampung terasa nyaman giler! air dia sejuk nak mati yg menyebabkan aku hanya mampoo bertahan selama 10 mins di dalam. phew!
- umah atuk n nenek! ni adelah MaIn ReAsOn nape aku nak sangat beraya kat kampung Melaka tuh! umah nenek n atuk separuh kayu separuh batu, memang nmpak klasik giler tp masih moden.
CoNcLuSi0N:
aku rindukan kampung ku!!!
p/s: entri ini ditulis dalam keadaan tergesa2 memandangkan bateri laptopku hampir menemui ajalnye kerana fius di level kediaman ku di mahalah ini useless gara2 manusia2 yg x paham bahasa yg masih memasak di dalam bilik walaupun sudah diulang berkali2 bahawa ianye adalah dilarang sama sekali~haish! sengal ubi btol ulat2 sagu nih!

No comments:
Post a Comment